Wednesday, March 11, 2009

HATIKU SEBESAR CAWAN...

Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.

Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil...air diisi...dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air di cedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kemu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji, akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada! Moral: Sahabat sekalian, jangan lah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebalikny

Sunday, March 8, 2009

Sunday, March 1, 2009

rindukan Allah..

Cinta Teragung

Mestica

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur

Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petanda ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia

Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah

Ya Allah
Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam tempat mengadu segala
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasih-Mu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tersergam indah
Bukti ada-Mu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela

Pada-Mu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia

aku sangat rindukan Allah..dahulu,aku tidak merasa nikmatnya cintakan illahi..
ya Allah,ampunkan aku kerana kekhilafanku..Kau tunjukkanlah hidayahmu sbgmana kau berikan kepada tokoh2 yang hebat pd zaman Rasulullah..
Ya Rahman..aku bersyukur kerana kau telah kurniakan rakan2 yang sentiasa mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan..
Terima kasih ya Allah,kau kurniakan nurul fadhilah untukku..daripadanya,aku mempelajari banyak perkara..hmm..nk kenal siapa fadhilah??layari website ni..www.nurulfadhilah.wordpress.com..
hmm..nnt ana akan post lg byk maklumat untuk tatapan semua..

LIRIK2 YANG MEMBUATKU MENITISKAN AIRMATA..TAQARRUB ILALLAH..

HEMBUSAN KASTURI

Seindahnya pelangi cantik
Mewarnai bumi
Menghiasi pentas dunia ini
Yang dulu kehilangan sinarnya

Selembutnya suara merdu
Menusuk di jiwa
Mengalunkan kata-kata hikmah
Membajai kekuatan diri

C/o
Tapi kini bertaburan titik noda hitam
Berkeliaran di persada kesenian
Menutur nista yang membimbangkan
Semua yang akan memandang
Ku cuba mewarnainya kembali
Alunan suci yang abadi
Semerdu kalam-Mu, ya Ilahi
Memberi ketenangan di hati
Seindah sabda dan selawat Nabi
Sunnah Rasul contoh buat diri
Melengkapi kehidupan insani
(Itulah hembusan kasturi)

Selembut bayu hembusan kasturi
Seindah cerianya suria pagi
Sedamai hati memuji Ilahi
Bagaikan di taman firdausi

Seharumnya wangi kasturi
Oh tiada terperi
Harum baunya menghiasi diri
Dari hati kan jatuh ke hati
Pastinya dari hati yg. bersih
Itulah hembusan kasturi


CINTAILAH ILLAHI

Rasa cinta
Adalah satu anugerah tuhan pada hambaNya
Dan kerananya manusia sanggup apa saja
Asalkan dia memiliki apa yang dicita

Kerna cinta
Sanggup berkorban apa saja, harta dan nyawa
Setiap detik hanya memikirkan tentang si dia yang tercinta
Ingin bersama sepanjang masa

Tetapi pastikah cintamu dihargai
Mungkinkah si dia kan tetap setia
Setelah kau serahkan jiwa dan ragamu
Mungkinkah kau pastikan tidakkan dihancurkan

Jika engkau mencintai bunga
Sedarlah engkau bunga itu akan layu
Jika engkau cintakan manusia
Sedarlah suatu hari dia akan pergi
Jika engkau mencintai harta
Harta itu nanti kau akan tinggalkan
Jika engkau cintakan Ilahi

Hanya Dia yang akan kekal abadi
Cintailah Ilahi



Tika Dinihari

Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yg ini
Melainkan dengan bermunajat kepadamu
Tiada indah suatu hari yg Aku lalui
kecuali dengan patuh kepadamu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut namamu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan kempunan mu

Ya Allah Tuhanku
Yg merubahkanku Tetapkanlah
Hatiku Moga sentiasa
Dalam Agamamu
Jua taat akan perintahmu

Tuhan
Usah bebankan kami
Dengan bebanan yang berat
Seperti
Yang pernah kau berikan
kepada umat yang terdahulu Dari kami

Tuhan
Jangan Pikulkan Kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah Dosa-Dosa
Rahmatilah Kami

Saturday, February 28, 2009

JENIS ANAK SETAN

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....

Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat
(disko, kelab mlm & tempat yg Ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan & melalaikan ahli & orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan & glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan & apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah. Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera & pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk & solat & menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


Monday, February 23, 2009

Tips pemakanan rasulullah..


Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU, CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI, SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

ingatlah..ikutlah tips rasulullah..sesungguhnya ia yang terbaik..

Saturday, February 21, 2009

Zikir sesudah shalat fardhu



Barang siapa sesudah shalat (fardhu) mengucapkan zikir "Subhanallah" 33 X dan " Alhamdulillah" 33 X dan "Allahu Akbar" 33 X lalu genap seratusnya dengan " Laailaaha illallah wahdahu la syarikalahu, lahulmulku walahul hamdu wa huwa ala kulli syai'in Qodir" maka akan terampuni dosa-dosanya sebanyak buih lautan.
(HR.Muslim)

Lelaki yang ditarik ke NERAKA


* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.
Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.
Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati? ?

Friday, February 20, 2009

dhiya' syarafina

Pengorbanan seorang ibu



Pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu sukar dinilai dengan wang ringgit ataupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, kesakitan yang dialami tatkala melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Segala penderitaan dan kesengsaraan hidup yang ditempuhi membuatnya lebih tabah dan sabar tanpa berkeluh kesah dan merungut. Demi kelangsungan hidup si anak, ibu sanggup menggadai nyawa memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan permata hatinya. Maka, apakah memadai jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sekadar dihayati dan dikenang tatkala menyambut Hari Ibu saja? tentu tidak kerana sikap seumpamanya akan hanya enjadi budaya sekali setahun dan bukannya menjadi budaya sepanjang hayat. Kita mungkin boleh berbangga dengan adanya pelbagai anugerah dan hadiah kepada para ibu, tetapi kita perlu sedar dan menginsafi hakikat bahawa jasa dan pengorbanan para ibu melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak tidak dapat disamakan dengan wang ringgit atau material. Walau bagaimanapun, Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan berlalu tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak, kita sememangnya dituntut untuk engenang jasa dan tempat tidurnya sehingga peluh membasahi seluruh badannya. Keadaannya bertambah parah dari hari ke hari dengan mata bernanah, mulut ternganga lebar, bibir bengkak, tekak tersumbat, malah tangan dan kaki terbujur kaku. Sahabat Rasulullah silih berganti mengajarnya kalimah syahadah, tetapi semuanya sia-sia belaka. Oleh kerana keadaannya bertambah eruk, Rasulullah memerintahkan Ali bin Abu Talib supaya membimbingnya dengan ucapan kalimah syahadah. Bagaimanapun, usaha itu tetap gagal. Rasulullah bertanya kepada sahabat: Adakah Wail mempunyai orang tua?” Jawab sahabat: “Tinggal ibunya saja, wahai Rasulullah.” Kemudian, sabda Baginda: “Suruh dia datang ke mari.” Selepas ibu Wail menghadap, Rasulullah bertanya: “Bagaimanakah keadaan Wail sehari-hari sebelum dia sakit? Apakah dia pernah melakukan dosa besar yang ibu pernah lihat?” Ibu Wail menjawab: “Dia derhaka terhadap saya, wahai Rasulullah! Dia sering mencaci saya setiap kali dia mendengar aduan isterinya. Dia sangat cintakan isterinya sehingga tergamak untuk tidak menghargai saya. Dia selalu percaya kata-kata isterinya daripada saya. Demikianlah, wahai Rasulullah!” Sabda Rasulullah lagi: “Bukankah Wail itu anakmu, buah hatimu! Maka ampunilah kesalahannya terhadapmu.” Jawab ibu Wail: “Tidak! Tidak! Wahai Rasulullah, air mataku belum kering kerana dia.” Sabda Rasulullah lagi: “Tetapi Wail adalah anakmu, kasihanilah dia.” Jawab ibu Wail: “Tidak, Rasulullah! Dia sering menyakiti hati saya.” Lalu rasulullah termenung sejenak. Kemudian, Baginda memerintahkan sahabat mengumpulkan kayu dan dinyalakan untuk embakar Wail hidup-hidup. Melihat tindakan itu, ibu Wail segera berkejar langsung menjerit dan mengampuni kesalahan anaknya. Sebaik ibu itu mengampuni kesalahan anaknya, wajah Wail berubah beransur baik. Akhirnya, dia dapat mengucapkan dua kalimah syahadah dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. renung2 kanlah.....

Kelebihan Wanita


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu (isteri dan anak-anak) menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini.

Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc….

Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

…………………………………….

Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

Wallahua’lam..