Saturday, February 28, 2009

JENIS ANAK SETAN

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....

Umar al-Khattab R. A berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih Dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat
(disko, kelab mlm & tempat yg Ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan & melalaikan ahli & orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan & glamour

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan & apa sahaja penyakit
yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah Kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah. Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera & pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk & solat & menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari


No comments: