Monday, December 17, 2012

SUKA DUKA ZAINAB BINTU RASULULLAH BERPISAH DENGAN SUAMINYA..

Cerita ini ku petik dari buku himpunan kisah2 menyayat hati..ku pilih cerita ini kerana namaku juga zainab seperti puteri rasulullah..semoga aku juga menjadi sehebat dia..

Dalam peperangan Badar Nabi SAW sangat gembira krana tentera muslimin telah mencapai kemenangan. Tetapi dalam kegembiraan itu terdapat pula kesulitan yang dihadapi oleh banginda,kerana di antara tawanan perang itu terdapat menantu baginda sendiri,iaitu Abul Ash. Iaitu suami kepada puteri baginda yang bernama Zainab. Zainab ialah seorang wanita yang beriman dan taat dengan perintah Allah dan RasulNya.Tetapi suaminya Abul Ash tetap musyrik. Dalam peperangan Badar itu antara orang Muslimin dengan Quraisy,Abul Ash telah ikut serta bertempur menentang orang Muslimin. Dalam setiap tawanan perang hendaklah ditebus oleh anggota keluarganya sendiri.

Hal ini telah disampaikan kepada Zainab di Makkah. Zainab sangat sayang kepada suaminya walaupun dia ditawan oleh kaum muslimin yang dipimpin oleh ayah kandungnya sendiri. Tetapi dia tidak mempunyai apa2 harta untuk menebus suaminya yang telah ditawan itu.

Memandangkan keadaan semakin terdesak,Zainab menanggalkan kalung pemberian ibunya Khadijah sewaktu dia berkahwin dengan Abul Ash dahulu. Kemudian dia mengirim kalung itu ke Makkah sebagai penebus suaminya.Setelah kalung itu sampai ke tangan Rasulullah SAW,baginda amat terharu melihat kalung itu kerana teringat kenangannya bersama Siti Khadijah. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan baginda ketika itu.Peristiwa perang Badar menyebabkan kalung Zainab tersimpan bertahun-tahun lamanya.Dalam pada itu turun ayat yang menyeru Zainab dan suaminya bercerai walaupun kedua-dua sayang-menyayangi di antara satu sama lain.

Setelah mendapat wahyu




No comments: