Sunday, March 1, 2009

rindukan Allah..

Cinta Teragung

Mestica

Curah air ke tebing tinggi
Tumbuh pohon indah berseri
Dahannya teguh berdaun hijau
Akar kukuh di tanah subur

Tersusun rapi tiada bertingkah
Rumpun alam seiring bersama
Itu petanda ada pencipta
Singkap tauhid pada manusia

Belayar bahtera di lautan luas
Seorang nakhoda perintah dijulang
Dua nakhoda pasti jadi pertelingkahan
Petanda tiada dua pemerintah
Tiada dua Tuhan disembah
La ilaha illa Allah

Ya Allah
Kau yang berhak disembah
Pemerintah alam tempat mengadu segala
Tidak dilahir tidak melahirkan
Tiada setara kuasa denganMu
Ya'Azim

Padamu insan menyerah
Mohon rahmat kasih-Mu

Ya Rahman
Kaulah yang Maha Kuasa
Pencipta dunia yang tersergam indah
Bukti ada-Mu wujudlah semesta
Geraknya tersusun tiada tercela

Pada-Mu cinta teragung
Kaulah zat yang Esa
Tiada seperti makhluk ciptaan
Pada gambaran pasti bukan Dia

aku sangat rindukan Allah..dahulu,aku tidak merasa nikmatnya cintakan illahi..
ya Allah,ampunkan aku kerana kekhilafanku..Kau tunjukkanlah hidayahmu sbgmana kau berikan kepada tokoh2 yang hebat pd zaman Rasulullah..
Ya Rahman..aku bersyukur kerana kau telah kurniakan rakan2 yang sentiasa mengingatkan aku tentang hakikat kehidupan..
Terima kasih ya Allah,kau kurniakan nurul fadhilah untukku..daripadanya,aku mempelajari banyak perkara..hmm..nk kenal siapa fadhilah??layari website ni..www.nurulfadhilah.wordpress.com..
hmm..nnt ana akan post lg byk maklumat untuk tatapan semua..

No comments: